PETANI di Wilayah Utara Thailand kini bukan sahaja menanam padi seperti kebiasaanya tetapi mereka juga kini menceburi bidang yang memerlukan mereka untuk 'menahan sakit' untuk meraih pendapatan yang boleh dikatakan agak lumayan. Sebelum musim menuai tiba, petani di daerah Surin lebih gemar mencari telur semut untuk dijual di pasaran tempatan kerana permintaan terhadapnya yang sangat tinggi. Makanan eksotik yang dipercayai tinggi protein, vitamin, dan rendah lemak ini memberikan pendapatan sehingga 1000 Bath atau RM128 sehari kepada pencarinya.