suria

Polis Nafi Seks Punca Nahas Babitkan Anggota, Kekasih

Gambar menunjukkan Konstabel Ramon Stephens dan teman wanitanya ditemui dalam keadaan separuh bogel. Foto Mirror

SEORANG pegawai tertinggi polis di Jamaica menafikan kemalangan maut yang membabitkan seorang anggotanya bersama kekasih berpunca daripada kedua mangsa melakukan hubungan seks ketika kejadian.

Portal Mirror melaporkan, beliau sebaliknya mendakwa impak pelanggaran di Jamaica itu menyebabkan pakaian mangsa 'terbuka'.

Gambar menunjukkan Konstabel Ramon Stephens dan teman wanitanya ditemui dalam keadaan separuh bogel di dalam kereta.

Kedua mereka maut akibat kecederaan yang dialami dalam kemalangan yang berlaku di Easter Sunday di Jamaica.

Beberapa saksi berkata, kereta yang dipandu mangsa terlalu laju dan kemudiannya hilang kawalan, kemungkinan disebabkan seks.

Bagaimanapun Unit Keselamatan Jalan negara itu menafikan perbuatan seksual merupakan punca kemalangan maut di Lebuhraya 2000 Utara Selatan di negara itu.

Memetik laporan akhbar tempatan, The Jamaica-Star, polis mengeluaran kenyataan tegas berhubung spekulasi bahawa seks sebagai punca nahas.

Pengarah di Kementerian Pengangkutan negara itu, Kanute Hare memberitahu The Star bahawa gambar-gambar yang tersebar itu bukan bukti yang cukup untuk mendakwa kedua mangsa sedang melakukan seks sebelum kemalangan berlaku. 

"Perlu diingatkan bahawa mayat ditemui dalam keadaan tidak duduk tetap di dalam kereta, dan ia dilihat mereka tidak memakai tali pinggang keledar. Ingin saya perjelaskan... mereka yang berada di tempat kejadian memberitahu mereka melihat lelaki itu masih berseluar.

"Kita dengar banyak khabar angin tetapi jika anda tidak boleh tampilkan bukti kukuh, saya tidak boleh menyebutkannya sebagai punca nahas kerana saya tidak melihatnya," kata Hare kepada The Star. - Mirror


Artikel Lain