suria

Hubungan Melania, Ivanka Dingin Gara-Gara Peranan Wanita Pertama

IVANKA (kanan) lebih banyak memainkan peranan sebagai Wanita Pertama AS berbanding ibunya, Melania (kiri). - AFP

NEW YORK: Hubungan Melania Trump, isteri kepada Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump dan anak perempuannya, Ivanka Trump dilapor dingin sejak akhir-akhir ini susulan perebutan peranan sebagai Wanita Pertama negara itu.

Dua sumber yang rapat dengan kedua-dua wanita itu melaporkan, Melania dan Ivanka sudah lama tidak dilihat bersama, sekali gus mencetuskan spekulasi bahawa hubungan dua beranak tersebut menghadapi masalah.

Walaupun White House menafikan dakwaan tersebut, tetapi difahamkan, Melania berkecil hati dengan tindakan Ivanka mengisi tempatnya sebagai Wanita Pertama setiap kali beliau gagal menemani suaminya pada tugas rasmi.

Menurut artikel yang disiarkan dalam majalah Vanity Affair, akibat pertelagahan itu, Melania memilih untuk kekal tinggal di New York bersama anak lelakinya, Barron yang masih bersekolah sedangkan suaminya tinggal di Washington.

Manakala Ivanka memilih untuk tinggal bersama suami, Jarred Kushner dan tiga anaknya kawasan penempatan di Kalorama, juga di Washington.

Malah turut dilaporkan, Ivanka yang akan mengadakan lawatan rasmi ke Jerman pada minggu depan, sentiasa menemani bapanya, sekali gus dilihat membayangi ibunya sendiri sebagai Wanita Pertama.

Sebelum ini, Ivanka lebih banyak menyokong usaha bapanya termasuk dalam perniagaan dan kempen pilihan raya Presiden.

Sebaliknya, Melania yang sering gagal menghadiri kempen pilihan raya, semakin terpinggir untuk melaksanakan tugas baharunya sebagai Wanita Pertama AS dan membuka laluan kepada Ivanka untuk menjalankan peranan tersebut.

Wanita berusia 35 tahun itu juga pernah muncul dalam pertemuan dengan pemimpin China, menemani Trump semasa lawatan ke Pangkalan Tentera Udara Dover dan menghadiri majlis kepulanga seorang pekerja kebajikan di Pejabat Oval.

Namun Melania dilaporkan mahu mengambil kembali tugasnya sebagai Wanita Pertama apabila mula dilihat di Washington dan menemani suaminya dalam beberapa aktiviti rasmi kerajaan.

Artikel Sebelum

Artikel Lain