suria

Babi Hutan 100kg Mati Dilanggar Kereta

Seekor babi hutan yang mati dilanggar kereta di Singapura. Foto LIANHE WANBAO

SINGAPURA: Seekor babi hutan dikatakan seberat sehingga 100 kilogram mati dilanggar sebuah kereta dekat Lentor Avenue pada Ahad malam.

Menurut Lianhe Wanbao dalam satu laporan pada Isnin, pemandu kereta bagaimanapun tidak mengalami kecederaan.

Insiden tersebut berlaku di sebuah jalan dekat Lentor Avenue menghala Ang Mo Kio Avenue 6 pada kira-kira pukul 8 malam.

Wanbao melaporkan babi hutan itu secara tiba-tiba meluru keluar ke tengah jalan dan pemandu tidak sempat menghentikan kenderaan sebelum melanggarnya.

Pemandu kereta bagaimanapun beredar dari tempat kejadian.

Seorang pembaca memberitahu akhbar berbahasa Cina itu bahawa pemandu tersebut tidak mengalami kecederaan.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Persatuan Pendidikan dan Penyelidikan Prihatin Haiwan (Acres) memberitahu The Strait Times bahawa pihaknya tidak menerima sebarang panggilan berhubung kes berkenaan.

"Malangnya babi hutan itu cedera dan mati.

"Haiwan-haiwan ini boleh ditemui di kawasan tersebut berikutan ia berdekatan dengan kawasan alam semula jadi seperti Lentor dan Seletar, katanya. - The Straits Times/Asia News Network

Artikel Lain