suria

Bayi 'Lahir' Sendiri

PROSEDUR pembedahan caesarean secara lembut dan perlahan yang dilakukan ke atas seorang wanita Venezuela menyaksikan kepala bayinya dengan sendiri terkeluar dari perut si ibu.

Gambar menakjubkan itu dirakam sebaik pasukan pakar bedah melakukan insisi pada rahim wanita yang identitinya tidak didedahkan itu.

Ia sebahagian prosedur unik di mana bayi itu dengan perlahan dapat menolak dirinya keluar dari perut ibunya bermula dari kepala tanpa perlu bantuan pasukan perubatan.

Gambar itu mendapat lebih 15,000 tontonan sejak dikongsi di laman Instagram doktor di klinik berkenaan minggu lalu.

Bayi yang dilahirkan menerusi kaedah ini dikatakan tidak berhadapan sebarang masalah pernafasan.

Menurut pakar, kaedah pembedahan ini lebih memberi kesan kepada si ibu yang tidak merasai tekanan sepanjang proses melahirkan.

Ia boleh mengambil masa sehingga empat minit untuk bayi yang dilahirkan menerusi kaedah ini untuk 'keluar' sepenuhnya ke alam baru sebelum diletakkan pada dada ibunya untuk membantu mewujudkan kemesraan antara keduanya.

Pada Julai lalu, MailOnline melaporkan insiden sama berlaku di Australia dan ia menjadi tular.

Venezuela, bayi

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Kes Duterte Ke ICC

Artikel Lain