suria

Kes Duterte Ke ICC

THE HAGUE: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte dan pegawai kanan kerajaan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC), dituduh melakukan jenayah kemanusiaan dalam kempen membasmi dadah di negara itu.

Kes berkenaan difailkan peguam negara itu, Jude Sabio, dalam kenyataan setebal 77 muka surat.

Intipati saman itu menuduh Duterter 'berulang kali, tidak berubah dan berterusan' melakukan jenayah kemanusiaan dan di bawah pemerintahannya, pembunuhan suspek dadah dan penjenayah lain menjadi tindakan terbaik.

Sabio ialah peguam kepada Edgar Matobato, lelaki yang memberi keterangan kepada Senat Filipina, juga antara anggota skuad pembunuhan yang beroperasi atas arahan Duterte.

Ia adalah yang pertama membabitkan kes Duterte dibawa ke ICC diketahui umum dan berdasarkan keterangan Matobato dan anggota polis bersara, Arturo Lascanas, kenyataan kumpulan hak asasi dan laporan media, termasuk siri mengenai pembunuhan itu yang disiarkan Reuters.

Aduan terhadap Duterte dan sekurang-kurangnya 11 pegawai kanan lain yang bertanggungjawab melakukan pembunuhan dan desakan siasatan, waran tangkap dan perbicaraan diadakan.

Ahli perundangan Filipina tidak menemui sebarang bukti mengenai keterangan Matobato kepada Senat, yang disifatkan pembantu Duterte sebagai palsu.

Hampir 9,000 dibunuh sejak Duterte mengambil alih jawatan itu musim panas lalu. - Reuters




Duterte, Jude Sabio

Artikel Sebelum

Bayi 'Lahir' Sendiri

Artikel Berikut

Artikel Lain