suria

Penunjuk Perasaan Melecur Disambar Api

SEORANG penunjuk perasaan cuba mendapatkan bantuan selepas disambar api ketika menyertai bantahan di ibu negara Venezuela, Caracas pada 3 Mei 2017.

CARACAS: Seorang penunjuk perasaan melecur teruk selepas seluruh badannya terbakar akibat terkena percikan api letupan tangki minyak sebuah motosikal polis ketike menyertai bantahan di ibu negara Venezuela, Rabu.

Mangsa menyertai bantahan itu bagi menentang pindaan Perlembagaan yang cuba dilakukan oleh Presiden Nicolas Maduro.

Dalam kejadian itu, mangsa yang memakai topeng muka, menggelupur ketika seluruh badannya dimamah api ketika beberapa penunjuk perasaan lain cuba membantunya.

Kemudiannya, beberapa rakannya mengoyakkan baju mangsa dan menyimbah air bagi memadamkan api.

SEORANG penunjuk perasaan terduduk sambil diperhatikan rakan yang lain selepas disambar api ketika menyertai bantahan di ibu negara Venezuela, Caracas pada 3 Mei 2017.

Seorang lagi mangsa turut terkena percikan api tersebut dan lelaki berkenaan terduduk di atas jalan raya sambil seluruh tubuhnya dijilat api.

Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan melecur di seluruh badan dan mendapatkan rawatan lanjut di hospital berdekatan.

Demonstrasi di Venezuela dicemari keganasan susulan tindakan penunjuk perasaan menggunakan molotov cocktail ke atas polis antirusuhan yang membalas dengan melepaskan gas pemedih mata.

Tunjuk Perasaan, Venezuela

Artikel Berikut

Artikel Lain