suria

Muhammad Paling Popular Di London

LONDON: Tinjauan terbaharu di Britain menunjukkan, nama Muhammad dan merupakan pilihan paling popular di ibu negara itu, menunjukkan pengaruh nama Arab semakin berkembang di negara tersebut.

Kajian oleh Character Cottages dijalankan di setiap bandar di Britain dan nama kegemaran seperti Emily, Sophie, Jack dan Oliver masih menjadi pilihan pada tahun ini.

Namun nama Muhammad untuk bayi lelaki menjadi pilihan paling tinggi London dan berada di tangga kedua secara keseluruhan di seluruh negara.

Sementara itu, pemilihan nama Amelia menjadikannya paling popular di kebanyakan bandar utama dengan menunjukkan 26 buah bandar termasuk Birmingham, Leeds dan Manchester paling ramai menggunakan nama tersebut.

Nama Jerman seperti Harry, Henry dan Charlie sekali lagi menjadi pilihan di hampir separuh keseluruhan bandar di Britain.

Di Scotland, nama Jack dan Olivia merupakan paling popular manakala nama Osian paling mendapat tempat di Wales.

Berikut adalah senarai 10 nama paling popular di Britain:

Bayi Lelaki

1. Oliver

2. Muhammad

3. Noah

4. Harry

5. Jack

6. Charlie

7. Jacob

8. George

9. Ethan

10. Henry


Bayi Perempuan

1. Olivia

2. Lily

3. Sophia

4. Emily

5. Amelia

6. Ava

7. Isla

8. Isabella

9. Isabelle

10. Sophie

Muhammad

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain