suria

200 Banduan Lari Dari Penjara Indonesia

JAKARTA: Kira-kira 200 banduan di Indonesia melarikan diri dari sebuah penjara yang penuh sesak di kepulauan Sumatera, kata pegawai.

Banduan-banduan mengadu mengenai layanan terhadap mereka semasa dipenjara di Pekanbaru, di wilayah Riau.

Malah kata ketua pegawai serantau Kementerian Undang-Undang, Ferdinand Siagian, antara mereka menuduh pengawal bersikap ganas.

"Kejadian berlaku sebelum solat Jumaat," kata Siagian kepada Metro TV.

Seorang jurucakap polis Riau, Guntur Aryo Tejo berkata, 77 daripada 200 banduan yang melarikan diri telah ditahan semula.

Tejo memberitahu Metro TV bahawa penjara tersebut mempunyai kapasiti 700 banduan tetapi ia menempatkan kira-kira 1,800 banduan. - Reuters

Artikel Berikut

CIA Cuba Bunuh Jong-un?

Artikel Lain