suria

Jaga Telur Pun Susah

Tempat terbaik untuk meletakkan telur menjadi perdebatan di United Kingdom. - Pioneer Woman

PERSOALAN mengenai tempat terbaik untuk menyimpan telur sering menjadi debat dan pakar akhirnya menemui jawapan tentang perkara tersebut.

Menurut laman web Good Housekeeping, telur perlu disimpan di dalam kotak asalnya dan diletakkan di bahagian tengah rak untuk mengelakkan telur daripada tercemar atau berubah suhu.

Editor Pengguna Good Housekeeping, Sara Bewell berkata, pintu adalah bahagian paling panas bagi peti sejuk dan sangat terpengaruh dengan perubahan suhu.

"Telur paling sesuai disimpan di tempat yang memberikan suhu konsisten, jadi bahagian tengah rak adalah tempat terbaik.

"Pasaraya tidak meletakkan telur dalam peti sejuk kerana kebanyakan pasaraya bersuhu di bawah 20 darjah Celsius," tulisnya melalui Good Housekeeping.

Dalam pada itu, restoran Financial Times mengkritik kenyataan wartawan penyiaran (makanan), Tim Hayward yang mencadangkan agar telur diletakkan di kaunter dapur.

Hayward menulis, telur sepatutnya dibiarkan pada suhu bilik sekurang-kurangnya selama seminggu.

"Rak simpanan telur dalam peti sejuk adalah tempat yang paling tidak sesuai kerana  gegaran yang berterusan akan membuatkan selaput putih telur menipis.

"Seterusnya perisa makanan lain juga boleh meresap masuk melalui kulit telur itu," katanya.

Pada tahun 2013, akhbar Daily Mail cuba menamatkan debat mengenai telur itu, bagaimanapun isu tersebut kembali dibangkitkan.

Daily Mail meminta Makmal Percubaan Makanan Yorkshire untuk membuat perbandingan antara telur yang disimpan di dalam peti sejuk dan telur yang diletakkan pada suhu bilik selama dua minggu.

Keputusan makmal mendapati tiada perubahan antara kedua-dua jenis telur tersebut. - Daily Mail.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan