JAKARTA: Dua suspek berani mati yang meragut nyawa tiga anggota polis di terminal bas di Jakarta Timur pada malam Rabu mempunyai kaitan dengan kumpulan militan IS, menurut polis pada Khamis. Jurucakap polis memberitahu bom yang digunakan dua pengebom berani mati itu merupakan bahan letupan gred rendah yang sama jenis digunakan dalam serangan di Bandung pada Februari lalu, yang turut dikaitkan dengan IS. Jurucakap ketua polis Setyo kepada pemberita, bom pertama diletupkan di luar tandas awam pada lewat malam Rabu, manakala bom kedua meletus dekat terminal bas yang jaraknya kira-kira 10 meter. Polis menemui sekeping invois bertarikh 22 Mei dari sebuah stor di Padalarang, Jawa Barat di atas pembelian periuk tekanan. Beliau berkata, pembelian tersebut termasuk plat aluminium, paku, galas bola, kabel penukar dan bahan membuat bom yang lain. Ketua polis Setyo berkata, serangan itu menyamai insiden yang berlaku di Bandung, yang dilancarkan oleh seorang anggota militan yang disyaki mempunyai kaitan dengan rangkaian radikal kepada IS. - The Straits Times/Asia News Network