suria

Kerana Sosej, Ibu Pijak Anak

Gambar menunjukkan Huang Xiao Xiao selepas menolak anak perempuannya dan memijaknya di khalayak pada 9 Mei lalu. Foto HZPOLICE.GOV.CN

HANGZHOU: Hanya kerana sekeping sosej, seorang wanita di China dikecam kerana memijak anak perempuannya berusia dua tahun di khayalak ramai.

Lebih 100 laporan polis dibuat terhadap Huang Xiao Xiao selepas insiden yang berlaku di Xiaoshan di wilayah Zhejiang, China.

Wanita tersebut bagaimanapun tampil memberikan penjelasan berhubung kejadian yang berjaya dirakamkan itu.

Xiao Xiao, 36, berkata dia kecewa kerana gagal mencari kerja pada hari berkenaan.

Dia kemudiannya membelikan sekeping sosej untuk anaknya menggunakan wangnya yang terakhir iaitu 20 yuan (RM12).

Bagaimanapun, anaknya kemudian memuntahkan semula sosej yang dimakan, mungkin kerana ia terlalu panas atau tidak menyukai rasanya.

Xiao Xiao berkata, ketika itulah dia hilang kawalan lalu bertindak menolak anaknya jatuh ke tanah sebelum memijaknya.

Dia yang menjadi ibu tunggal selepas bercerai dengan suami mengalami kemurungan, dan terpaksa hidup bergelandangan di jalanan.

Dia juga mempunyai anak perempuan sulung tetapi dijaga oleh bekas suami.

Xiao Xiao mengakui dia kadang-kadang hilang sabar dan melepaskan tekanan kepada anaknya.

Bagaimanapun, dia sentiasa kesal selepas setiap kali melakukan perkara tersebut.

Bekas suami Xiao Xiao kini menuntut hak penjagaan ke atas anak perempuan kedua mereka selepas melihat video berkenaan. - The Straits Times/Asia News Network

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Stesen TV Diancam Bom

Artikel Lain