suria

Nasib Wang Kertas RM30,220 Jadi Kepingan Kecil

KESERONOKAN seorang kanak-kanak lelaki berusia lima tahun bermain bertukar mimpi ngeri apabila wang kertas milik bapanya bernilai £5,500 (RM30,220) hancur menjadi kepingan kecil.

Bapa malang yang hanya dikenali sebagai Gao berkata, dia melihat banyak kepingan wang kertas bertaburan di katil dan lantai, sejurus pulang ke rumah beberapa hari lalu.

Dia yang menetap di bandar Qingdao di China bagaimanapun kecewa apabila bank menolak untuk menukarkan kesemua wang tunai yang hancur itu.

Wang kertas berjumlah 50,000 RMB (£5,583) itu dpinjam Gao dari pemberi hutang untuk tujuan perniagaannya.

Pihak bank memberitahu Gao supaya sekurang-kurangnya mencantumkan semua wang itu semula sebelum boleh ditukarkan.

Tidak berputus asa, Gao mengambil masa tiga lalu untuk mencantumkan kesemua kepingan wang kertas berkenaan.

Dia yang enggan mendedahkan di mana menyimpan wang tersebut berkata: "Saya tidak boleh menyalahkan anak lelaki saya. Dia masih muda, jadi dia tidak tahu apa yang dia lakukan." - Metro.co.uk

Artikel Berikut

Artikel Lain