PENGEBOM berani mati yang melancarkan serangan di Manchester, Salman Abedi didakwa menggunakan pinjaman pendidikan bernilai ribuan pound bagi membiayai dana rancangan keganasannya. Tragedi berdarah di Manchester Arena pada Selasa lalu meragut 22 nyawa dan mencederakan lebih 110 orang yag lain. Polis menahan 11 individu yang dikaitkan dengan serangan tersebut. Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti bagaimana Abedi berupaya mengendalikan bom yang 'canggih' sehingga mengakibatkan jumlah kematian yang besar. Pemuda berusia 22 tahun itu melanjutkan pelajaran di Universiti Salford dalam jurusan perniagaan. Memetik laporan The Telegraph, Abedi menerima pinjaman pendidikan sekurang-kurangnya £7,000 (RM38,279) pada 2015. Dia dipercayai menerima lagi pinjaman dengan jumlah yang sama pada 2015. Abedi turut dipercayai memindahkan £2,500 (RM13,672) kepada adiknya di Libya sejurus sebelum serangan di Manchester. - Mirror