suria

Menipu Jadi Buta 28 Tahun Kerana Antisosial

CARMEN JIMENEZ

KIRA-KIRA 28 tahun lalu, Carmen Jimenez dari Madrid, Sepanyol, menjadi buta sepenuhnya akibat kecederaan serius pada mata.

Itulah yang dimaklumkan kepada semua orang termasuk keluarganya sendiri kerana dia berasa penat untuk menyapa setiap orang termasuk mereka yang tidak mahu ditegurnya.

Wanita berusia 57 tahun itu baru-baru ini mendedahkan bahawa dia sebenarnya boleh melihat dengan sempurna, pengakuan yang mengejutkan seluruh ahli keluarganya.

Malah suaminya sendiri mendedahkan bahawa pasangannya itu masih mampu bersolek dengan sempurna selain merasakan isterinya boleh menonton televisyen bersama-sama.

Namun Jimenez enggan mendedahkan kepalsuan itu sehinggalah baru-baru ini dia membuat pengakuan.

"Saya sebenarnya letih bertemu dengan orang ramai di jalanan dan bertegur sapa.

"Saya tidak suka bersosial dan dengan berpura menjadi buta, saya boleh mengelak daripada bersosial dengan mereka," katanya seperti dilaporkan portal Oddity Central.

Selain perlu menjelaskan kepada ahli keluarga tentang tindakannya memalsukan kecacatan, Jimenez juga berdepan tindakan undang-undang kerana mendaftar sebagai orang buta dan menerima bantuan khas.

Bagaimanapun kisah Jimenez diragui ramai pihak terutamanya netizen yang mempersoalkan bagaimana wanita itu mampu menyembunyikan rahsianya dalam tempoh yang begitu lama.

Malah ada yang mempertikaikan tentang kelemahan pihak kerajaan yang gagal mengesan penipuan dilakukan Jimenez dan memberikan bantuan kepada wanita tersebut.

Carmen Jimenez

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain