suria

Sertai Buka Puasa, Putera Harry Makan Kurma

Puter Harry (dua, kiri) menikmati kurma sewaktu menyertai majlis berbuka puasa di Singapura, Ahad. Foto AP

PUTERA Harry dilihat berkongsi hidangan kurma dan bubur semasa menyertai majlis berbuka puasa bersama duta keamanan, Nazhath Faheema di sebuah pusat Islam di Singapura.

Sebelum majlis berbuka puasa itu, Harry, 32, menyaksikan pertunjukan seni mempertahankan diri dan menundukkan kepalanya bagi memperingati keluarga kepada tujuh mangsa yang maut dalam serangan pengganas di London.

Harry berada dalam kunjungannya selama dua hari di Singapura melawat pusat komuniti yang kendalikan badan kebajikan Islam, Jamiyah Singapura yang menyediakan pelbagai perkhidmatan dari bantuan terhadap golongan penagih dadah sehingga kediaman buat belia.

Kesemua hadirin kemudian berkumpul di dewan sehingga waktu berbuka puasa.

Terdahulu, Setiausaha Agung Jamiyah, Muhammad Rafiuddin Ismail berkata,"Ingatan kami buat keluarga mangsa-mangsa serangan London pada Sabtu malam." - Mirror

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain