suria

Berlari 78 Kilometer Walaupun Berpuasa

DUBAI: Atlet sukan ekstrem Emiriyah Arab Bersatu (UAE), Max Calderan membuktikan ibadah puasa tidak menjejaskan aktivitnya untuk bersukan apabila melengkapkan cabaran berlari sejauh 78 kilometer.

Aktiviti larian itu menurut Calderan, bertujuan membuktikan semangat dan minda manusia tidak terhad selain menonjolkan kepentingan makanan dan minuman serta senaman sepanjang bulan Ramadan.

Katanya aktivti senaman seperti berlari dan berjalan perlu dilaksanakan antara waktu Zuhur dan berbuka puasa ketika berpuasa.

Ujarnya, laluan larian itu yang dimulakan pukul 3.56 pagi sehingga 7.07 petang, amat sukar.

"Rintangan pertama adalah untuk menyesuaikan suhu dan jarak bagi mengatasi dehidrasi.

"Sebaik tiba di penghujung cabaran, saya berasa sangat penat tetapi masih bertenaga seolah-oleh badan saya sedang 'dicuci'.

"Saya tidak dahaga atau lapar tetapi hanya sukar untuk bercakap kerana mulut saya terlalu kering," katanya. - Khaleej Times

Ramadan, Lari

Artikel Berikut

Artikel Lain