SELEPAS dikenali sebagai vlogger di bandaraya Jakarta, kini Presiden Joko "Jokowi" Widodo melangkah setapak lagi dalam dunia digital dengan menganjurkan peraduan menerusi laman media sosial, Facebook. Peraduan yang berlarutan hingga 16 Jun mensyaratkan peserta untuk memuat naik video dua minit di YouTube dengan berkongsi cerita mengenai tradisi unik keluarga mereka ketika menyambut Ramadan dan Aidilfitri. "Mau hadiah speda dari saya? Ceritakan tradisi unik keluargamu saat menjalani Ramadan dan merayakan Hari Lebaran," kata Jokowi menerusi laman Facebooknya. Peserta juga perlu menyebut nama dan lokasi video dirakam dengan menambah hashtag #TradisiRamadhan pada laman YouTube. Selepas memuat baik video itu, link YouTube perlu dikongsi pada Facebook mengenai peraduan itu bersama dengan hashtag berkenaan. Peraduan ini terbuka kepada semua pengikut Facebook Jokowi dan 10 video paling kreatif berpeluang menerima hadiah sebuah basikal dari Presiden Jokowi.