SEORANG pelajar universiti warga Amerika Syarikat (AS) yang merupakan bekas tahanan di Korea Utara selama 17 bulan meninggal dunia di sebuah hospital Cincinnati pada Isnin, beberapa hari selepas dia dibebaskan. Menurut keluarganya, doktor memaklumkan bahawa Otto Warmbier yang ditahan di Korea Utara semasa mengunjungi negara itu sebagai pelancong, 22, mengalami kerosakan otak. "Malangnya, layanan tidak sepatutnya dan penderaan diterima anak lelaki kami oleh Korea Utara menyebabkan kami menanggung kesedihan seperti yang dialami hari ini," kata keluarga itu dalam satu kenyataan selepas kematian Warmbier. Menurut keluarganya, Wambier mula koma sejak Mac 2016, sejurus selepas dijatuhi hukuman selama 15 melakukan kerja berat di Korea Utara. Pada Khamis, pakar perubatan di Pusat Perubatan Cincinnati yang merawatnya berkata, Wambier tidak menunjukkan tanda-tanda memahami perbualan atau apa yang berlaku di sekitarnya, selain gagal membuat sebarang pergerakan. Menurut media Korea Utara, Wambier ditahan kerana kesalahan mencuri barang berkaitan dengan slogan propaganda. Bagaimanapun, Korea Utara membebaskannya pada minggu lalu atas dasar kemanusiaan. Sementara itu, Presiden AS, Donald Trump dalam satu kenyataan mengucapkan takziah kepada keluarga Warmbier. Menurut Trump, beliau mengecam tindakan Korea Utara dan menyifatkan negara itu 'rejim yang kejam'. - Reuters