suria

Lapangan Terbang Paris Kecoh Akibat Seorang Penceroboh

PARIS: Tindakan seorang individu masuk ke kawasan larangan mengakibatkan sekurang-kurangnya 2,000 orang terpaksa dipindahkan dari lapangan terbang utama di bandar ini.

Perbuatan indivdu yang masuk tanpa melalui kawalan keselamatan itu juga menyebabkan lapan penerbangan dibatalkan, manakala 20 yang lain ditangguhkan.

"Kami terpaksa memindahkan orang ramai untuk memeriksa zon itu, yang bermaksud memastikan tiada objek yang ditinggalkan," kata sumber lapangan terbang.

Sementara itu, sumber lain berkata,  pemindahan itu adalah dari zon di terminal 2F di Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle yang diakses penumpang selepas melalui pemeriksaan keselamatan dan sebelum menaiki pesawat.

 "Polis memeriksa seluruh terminal dan tidak menemui objek yang mencurigakan, " katanya.

Lapangan Terbang Antarabangsa Charles de Gaulle adalah yang kedua terbesar di Eropah, dengan kira-kira 180,000 penumpang melalui satu daripada lapan terminalnya setiap hari.

Perancis masih berada dalam keadaan darurat selepas gelombang serangan militan sepanjang tempoh 18 bulan lalu yang menyebabkan lebih 230 orang mati sejak 2015. - AFP

Paris, Charles de Gaulle

Artikel Sebelum

Amukan Militan Dalam Masjid

Artikel Berikut

Lancar GST Tengah Malam

Artikel Lain