suria

Amukan Militan Dalam Masjid

JAKARTA: Suspek militan ditembak mati selepas bertindak  menikam dua polis dalam kejadian di dalam masjid berhampiran ibu pejabat polis di sini.

Ketika kejadian, penyerang dikatakan baru selesai menunaikan solat dengan beberapa anggota polis dan jemaah lain pada Jumaat malam apabila dia bertindak menikam dua anggota polis dan menjerit ‘kafir’, kata jurucakap polis kebangsaan, Rikwanto.

Suspek kemudian segera melarikan diri ke sebuah terminal bas yang sesak dan enggan menyerah diri kepada polis.

“Suspek mengancam untuk menyerang kami dengan sebilah pisau dan maut di tempat kejadian selepasa tembakan amaran dilepaskan,” katanya.

Dua anggota polis yang ditikam di bahagian leher dan wajah kini dirawat di sebuah hospital tempatan.

“Bagaimanapun, motif dan identiti penyerang masih disiasat,” kata jurucakap polis, Setyo Wasisto kepada AFP pada Sabtu.

Kejadian itu berlaku kurang seminggu selepas serangan kumpulan pelampau ke atas pasukan keselamatan di sana.

Pada Ahad lalu, dua anggota militan kumpulan Daesh menyerang ibu pejabat polis di wilayah Sumatera Utara menyebabkan seorang anggota polis terbunuh. 



Rikwanto, militan

Artikel Lain