suria

Imam Britain Perlu Kelahiran Tempatan, Fasih Berbahasa Inggeris

GAMBAR HIASAN

KERAJAAN Britain disarankan menetapkan syarat tertentu untuk melantik imam yang berperanan memegang jawatan penting dalam organisasi masjid di negara ini.

Menurut portal Mail Online yang memetik laporan The Missing Muslims: Unlocking British Muslim Potential for the Benefit of All, langkah sedemikian lebih wajar memandangkan imam kelahiran Britain lebih memahami cabaran yang dihadapi penduduk Muslim tempatan berbanding imam dari luar.

Laporan itu merupakan hasil kajian selama 18 bulan oleh kumpulan Citizens UK dan dipengerusikan oleh bekas peguam negara, Dominic Grieve.

Tugas utama kumpulan itu adalah mengkaji bagaimana penduduk Islam melibatkan diri secara umum dan bercampur masyarakat.

Laporan setebal 76 muka surat itu yang disiarkan pada Isnin menyebut, penduduk Islam Britain mengalami penurunan penglibatan dalam masyarakat disebabkan cabaran tertentu yang dihadapi oleh masyarakat Muslim itu sendiri.

"Adalah penting untuk melantik imam kelahiran British, yang mempunyai pengetahuan yang mendalam dalam budaya British dan fasih berbahasa Inggeris berbanding memilih imam kelahiran luar negara.

"Pengurusan komuniti masjid di UK sepatutnya lebih mengetahui dan memahami kehidupan moden British," jelas laporan itu.

Bagaimanapun laporan itu tidak dapat menyatakan jumlah sebenar masjid di Britain yang dianggarkan dalam lingkungan 1,500 buah di seluruh negara.

Britain

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain