suria

Dituduh Menculik, Wanita Sakit Mental Direjam

NEW DELHI: Seorang wanita yang mengalami masalah mental menjadi 'korban' penduduk kampung apabila diikat dan dipukul sehingga mati selepas didakwa cuba menculik kanak-kanak.

Dalam kejadian yang berlaku di Bengal Barat dekat India, mangsa yang dikenali sebagai, Otera Bibi, 42, pada mulanya dilihat merayau seorang diri di di kawasan kampung Mithipur-Panagarh pada Selasa lalu.

Namun tindakan Bibi berhenti di dalam sebuah pondok kayu disedari oleh seorang penduduk tempata,  Dilip Ghosh yang khuatir Otera cuba untuk menculik anak perempuannya yang berusia 10 tahun.

Tanpa usul periksa, penduduk kampung terus menangkapnya dan mengikat wanita berkenaan di sebuah traktor sebelum memukul dan merejam mangsa selama tiga jam.

Malah penduduk tempatan turut mengoyakkan baju wanita itu selain mencukur kepalanya walaupun Bibi cuba mempertahankan dirinya tetapi mereka tidak memahami apa yang dikatanya.

Polis yang tiba tidak lama kemudian, menghentikan serangan dan membawa mangsa ke hospital namun, Bibi disahkan meninggal dunia akibat kecederaan yang dialaminya.

Ketua Polis Daerah Murshibadab, Superintenden Mukesh berkata, pihaknya udah memulakan siasatan kes tersebut yang diklasifikasikan sebagai kes bunuh 

"Kami sedang mengesahkan siapa yang terlibat dalam serangan serta siapa yang menyebarkan tuduhan itu," katanya.

Polis turut menahan beberapa penduduk kampung untuk disoal siasat tetapi setakat ini, tiada yang disabitkan kesalahan berhubung kes itu.

Penduduk kampung dipercayai bertindak sedemikian susulan insiden kes kehilangan kanak-kanak yang berlaku pada bulan lalu.

Sementara itu, suami Bibi yang enggan dikenali berkata, isterinya merupakan pesakit mental dan sering hilang daripada rumah selama satu hingga dua hari. - MAIL ONLINE

India, Otera Bibi

Artikel Lain