suria

Konsert Lapan Saat, Peminat Tak Kisah!

SEBUAH kumpulan muzik ‘visual key’ di Jepun, Golden Bomber baru-baru ini telah membuat satu persembahan pelik iaitu persembahan lapan saat untuk mempromosikan lagu terbaru mereka yang bertajuk 'Pertemuan 8 Saat'.

Pada 29 Jun, peminat Golden Bomber hadir untuk persembahan tersebut di Sunshine City Mall, Tokyo, enam jam lebih awal dari waktu yang ditetapkan untuk memastikan mereka dapat duduk di tempat yang strategik, walaupun mereka dapat melihat idola mereka sekejap sahaja.

Pengiraan detik kemunculan mereka di atas pentas adalah lebih lama dari persembahan mereka, yang berdurasi lapan saat.

Sebaik sahaja masa tinggal dua saat, empat orang ahli Golden Bomber berlari ke atas pentas, mengambil peralatan muzik mereka, dan mempersembahkan lagu mereka dalam tempoh lapan saat sebelum berlari keluar dari pentas.

Anda mungkin berfikir peminat mereka akan berasa tertipu dengan persembahan sepantas kilat itu, walaupun konsert itu percuma.

Tetapi, reaksi mereka selepas kumpulan itu berlari keluar, adalah sebaliknya.

Mereka meminta persembahan diulang dan penyanyi utama Sho Kiryuin sangat gembira.

Dia kembali ke pentas dan berterima kasih kepada penonton kerana hadir awal untuk mendengar lagu terbaru mereka.

Kemudian, dia memanggil kesemua ahli kumpulannya dan mempersembahkan lagu terbaru mereka yang lebih panjang bertajuk Memeshikute.

Pengulangan lagu itu lebih lama berbanding persembahan sebenar.

Jika anda berasa konsert lapan saat ini pelik, anda perlu tahu bahawa Golden Bomber merupakan kumpulan yang agak pelik.

Mereka adalah ‘Visual Key air band’, iaitu berpenampilan androgini, banyak solekan dan pakaian yang pelik- dan ‘gitar angin’- satu bentuk seni di mana mereka berpura-pura bermain pelbagai alatan muzik.

Selain penyanyi utama yang menulis lirik dan membuat lagu mereka, ahli Golden Bomber yang lain tidak terlibat langsung di dalam penerbitan lagu.

Mereka berpura-pura bermain gitar dan gendang, tetapi mereka sebenarnya tidak tahu bermain apa-apa alatan muzik.

Menurut Gaijinhan, tiga daripada empat ahli Golden Bomber tidak mengetahui tentang lagu mereka sebelum diterbitkan.

Selepas Sho Kiryuin siap menghasilkan lagu dan menerbitkannya, barulah mereka mengetahui dan berfikir bagaimana untuk membuat persembahan di atas pentas.

Namun, mereka sangat terkenal di Jepun.

Lihat sahaja bilangan peminat yang menghadiri persembahan mereka.

Walaupun mereka berpura-pura bermain alatan muzik, tetapi adakah peminat kisah? Tidak!

konsert 8 saat, Golden Bomber

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain