suria

Arab Saudi Siasat Wanita Pakai Skirt

Model wanita didakwa atas kesalahan melanggar undang-undang pakaian di Arab Saudi. - Twitter

SEORANG wanita Saudi yang memuat naik video dirinya memakai skirt mini dan baju singkat di tempat awam sedang disiasat oleh polis agama negara itu.

Model wanita yang dinamakan "Khulood" itu bersiar-siar di tempat bersejarah di Ushayqir lalu memuat naik klip tersebut di laman sosial Snapchat.

Ushayqir Heritage Village yang terletak kira-kira 154 kilometer dari Riyadh adalah salah satu wilayah paling konservatif di Arab Saudi.

Memandangkan rakaman tersebut dikongsikan secara online, kebanyakan orang Arab mendesak agar Khulood ditahan kerana gagal mematuhi kod pakaian.

Golongan wanita di Arab Saudi dikehendaki untuk mengenakan 'abaya', sejenis pakaian longgar dan panjang serta perlu bertudung.

Menurut wartawan BBC, Khaled Zian menulis: "Kembalinya Haia (polis agama) di sini adalah suatu diperlukan."

Seorang lagi pengguna berkata: "Kita harus menghormati undang-undang negara."

"Di Perancis, pemakaian niqab adalah dilarang dan wanita didenda jika mereka memakainya. Di Arab Saudi, pemakaian abaya dan pakaian yang sederhana adalah sebahagian daripada undang-undang." - Metro

Khulood

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain