suria

USS Gerald Ford Buat Musuh AS Menggeletar Ketakutan

WASHINGTON: Kapal pengangkut pesawat terbaharu seberat 100,000 tan yang baru sahaja memulakan khidmatnya disifatkan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump sebagai membawa mesej negara itu ke seluruh dunia.

Menurut Trump, kapal USS Gerald R. Ford yang dinamakan bersempena Presiden AS dari 1974-77 akan menjadi aset berharga kepada armada tentera laut AS.

“Walau di mana kapal ini berlayar, musuh kita  menggeletar ketakutan kerana semua orang akan mengetahui bahawa Amerika akan datang dan Amerika akan datang dengan kuat,” kata Trump.

Pembinaan kapal yang keseluruhannya dilakukan di AS itu dapat memuatkan ribuan pelayar dan kru.

"Kita akan menjadi lebih besar dan lebih baik, serta kuah setiap hari di bawah pentadbiran saya," katanya.

Majlis pentauliahan kapal pengangkut bernilai AS$12.9 bilion itu berlangsung di Pangkalan Tentera Laut Norfolk, dekat Norfolk, Virginia.



Gerald Ford, Trump

Artikel Sebelum

Artikel Lain