suria

11 Maut, Nahas Bas, Lori Di Hebei

BEIJING: Sebelah maut, manakala sembilan lain cedera dalam rempuhan melibatkan bas dan lori di wilayah Hebei di utara China.

Kemalangan membabitkan sebuah bas yang membawa 19 penumpang dan lori berlaku di lebuh raya di bandar Zhangjiakou, demikian lapor agensi berita rasmi Xinhua pada Sabtu.

Setakat ini, salah seorang yang cedera masih dalam keadaan kritikal.

Pemandu kedua-dua kenderaan terlibat juga mendapat rawatan di hospital berhampiran dan kini di bawah pengawasan polis bagi membolehkan siasatan kejadian dilakukan.

Kemalangan jalan raya adalah senario biasa berlaku di China  yang sentiasa sesak dengan bus yang melakukan perjalanan jarak jauh.

Pada 11 Mei lalu, warga Korea Selatan dan kanak-kanak China antara 13 yang maut dalam kemalangan bas sekolah di terowong wilayah Shandong.

Selain itu, pada Mac lalu pula 10 terkorban , manakala 38 yang lain cedera apabila sebuah bas bertembung dengan trak simen di wilayah Yunnan.

Hebei, China

Artikel Sebelum

Tidur Berbumbungkan Langit

Artikel Berikut

Artikel Lain