suria

Gas Pemedih Mata ‘Sambut’ Rakyat Palestin

Tentera Israel melancarkan serangan gas pemedih mata dan bom ke arah umat Islam yang kembali ke Masjid al-Aqsa. - Al Jazeera

LEBIH 100 rakyat Palestin cedera selepas tentera Israel melancarkan serangan gas pemedih mata dan bom ke arah umat Islam yang kembali ke Masjid al-Aqsa buat pertama kali dalam tempoh dua minggu.

Sewaktu azan berkumandang lagi sekali di masjid yang menjadi kiblat pertama orang Islam itu, ribuan wanita, lelaki dan kanak-kanak memenuhi kawasan tersebut pada Khamis, selepas Israel mengalihkan peralatan pengawasan dan halangan lain dari pintu masuk ke masjid tersebut.

Pada malam Khamis, berpuluh-puluh rakyat Palestin yang telah berlindung di dalam Masjid al-Qibli dikelilingi oleh tentera Israel yang memutuskan sambungan elektrik dalam cubaan memaksa mereka di luar kawasan itu.

Penduduk Jerusalem, Raed Saleh berkata bahawa kejayaan memasuki semula kawasan itu dengan syarat mereka sendiri adalah kemenangan bagi Palestin.

"Kami tidak pernah melihat kemenangan seperti ini untuk rakyat kami.

"Orang ramai datang dari seluruh pelusuk untuk menyokong kami dalam kesempatan ini," katanya kepada Al Jazeera.

Artikel Sebelum

Asap Hitam Selubung Istanbul

Artikel Berikut

Ada Hati Nak 'Paw' Polis

Artikel Lain