suria

Raja Maghribi Ampun Lebih 1,000 Penunjuk Perasaan

RABAT: Lebih 1,178 tahanan yang tidak pernah terbabit jenayah atau melakukan kesalahan serius telah diampunkan.

Raja Maghribi, Raja Mohammed VI berkenan mengampunkan mereka sempena ulang tahun pemerintahan ke-18 baginda berada di atas takhta.

Semua yang terlibat ditahan kerana terbabit dalam bantahan di utara wilayah Rif dan di bandar pelabuhan utara al-Hoceima serta sekitarnya.

Menurut Kementerian Kehakiman, kenyataan itu diumumkan sebelum Raja Mohammed VI ketika membuat ucapan secara langsung di televisyen.

Kata kementerian itu lagi, pengampunan itu diberikan selepas mengambil kira faktor keluarga dan perikemanusiaan.

Bantahan tercetus pada Oktober tahun lalu selepas nelayan maut dirempuh lori sampah ketika cuba mempertahankan hasil tangkapan luar musim.

Susulan itu, bantahan asalnya menuntut keadilan bertukar kepada tuntutan pekerjaan, pembangunan dan menghentikan amalan rasuah.-- AFP


Raja Maghribi, Rif

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain