suria

Bawa Troli Ke Pandu Lalu McD

SEKUMPULAN pejalan kaki mula membuat perancangan apabila tidak dibenarkan membuat pesanan di pandu lalu premis makanan segera, McDonald.

Rakaman video menunjukkan mereka ketawa sambil membawa troli ke restoran berkenaan.

Malangnya, ‘usaha’ mereka tidak dilayan pekerja restoran itu.

Sebelum itu, mereka cuba memesan di kaunter pandu lalu tanpa sebarang kenderaan, lapor Gazette Live.

Oleh itu, mereka kembali semula dengan sebuah troli, sambil merakam insiden itu dengan telefon bimbit.

Pekerja di restoran tidak mempedulikan mereka, tetapi apabila tingkap dibuka, lelaki di dalam troli itu berkata: “Troli tidak dibenarkan ke?”

Pekerja itu kemudian membalas dengan sopan, “boleh awak ketepi? Ada kereta ingin lalu.”

Dia juga memberitahu kepada mereka bahawa dia tidak dapat mengambil pesanan mereka.

“Tetapi kami hanya mahu memesan makanan!,” kata salah seorang dari mereka.

Mereka merayu ingin memesan burger keju selama 30 saat sebelum memberi laluan pada sebuah kereta biru yang ingin mengambil makanan.

“Laluan pandu lalu hanya dikhaskan untuk kenderaan berenjin sahaja. Oleh itu, ia tidak sesuai untuk troli beli belah,” kata jurucakap McDonald.

“Pekerja kami tidak membenarkan mereka membuat pesanan kerana kawalan keselamatan dan kesihatan.”

McDonald

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bas London Rempuh Kedai

Artikel Lain