suria

Sindiket Sengaja 'Lemaskan" Migran

GENEVA: Sindiket pemerdagangan manusia didakwa sengaja mengakibatkan lebih 50 migran yang kebanyakannya remaja lemas di laut bergelora di luar pantai Yaman.

Tindakan tidak berperikemanusiaan dan kejam itu didedahkan Pertubuhan Migrasi Antarabangsa (IOM).

Menurut agensi tersebut, insiden menggemparkan itu berlaku selepas anggota sindiket terbabit memaksa lebih 120 pelarian dari Somalia dan Ethiopia terjun ke dalam laut kerana bimbang ditahan pihak berkuasa berhampiran pantai wilayah Shabwa di selatan Yaman.

"Kami turut menemui kubur cetek di tepi pantai mengandungi 29 mayat migran. Kira-kira 22 termasuk wanita dan kanak-kanak dilaporkan masih hilang," demikian kenyataan yang dikeluarkan IOM.

Sementera itu, mangsa yang terselamat memberitahu, sindiket pemerdagangan manusia itu kembali ke Somalia dan meneruskan kegiatan mereka membawa migran ke Yaman menerusi laluan sama.

Laporan Independent.co.uk menyebut, Ketua Misi IOM di Sanaa, Laurent de Boeck menyifatkan tindakan itu sebagai tidak berperikemanusiaan dan memaklumkan kakitangan agensi terbabit telah menyediakan bantuan segera kepada migran yang terselamat.

Sejak Januari lalu, kira-kira 55,000 pelarian telah meninggalkan negara Tanduk Afrika untuk ke Yaman dengan tujuan untuk mencari pekerjaan di negara Teluk Parsi terbabit. 

IOM, Yaman, Laurent de Boeck

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain