suria

Wang Kertas: England Tetap Guna Lemak Haiwan

LONDON: Kebimbangan dalam kalangan vegetarian dan kumpulan agama mengenai penggunaan lemak haiwan untuk menghasilkan wang kertas plastik baharu tidak akan mengubah pendirian Bank of England (BoE).

Bank berkenaan telah memaklumkan pihaknya tidak akan mengubah cara pembuatan wang kertas negara berkenaan.

BoE berkata, satu-satunya alternatif untuk menghasilkan wang kertas polimer adalah menggunakan bahan kimia lebih mahal yang diperoleh daripada minyak sawit.

Selain itu, pembekalnya tidak mampu dengan hanya menggunakan minyak sawit dalam pengeluaran bersifat mesra alam.

Tahun lalu, lebih 130,000 orang telah menandatangani petisyen menggesa BoE menghentikan penggunaan produk haiwan dalam pembuatan wang kertas.

Tindakan itu selepas terdapat sejumlah kecil lemak haiwan daripada lembu dan biri-biri yang digunakan dalam wang kertas plastik bernilai £5 (RM28).

Beberapa kuil Hindu dan restoran vegetarian enggan menerima wang kertas tersebut yang memaparkan pemimpin Perang Dunia Kedua, Winston Churchill yang dikatakan BoE lebih tahan lama dan sukar dipalsukan. – Reuters



BoE, England

Artikel Berikut

Artikel Lain