KEBANYAKAN orang mencuba nasib untuk memastikan mereka kelihatan muda, namun tidak bagi seorang lelaki warga Poland ini. Kejayaan lelaki ini apabila membuatkan dirinya kelihatan sekurang-kurangnya 10 tahun lebih tua berbanding usia sebenarnya. Kedengaran pelik tetapi itu yang dilakukan Pawel Ladziak yang juga dikenali sebagai 'Viking Poland'. Pawel sering disebut-sebut sebagai salah seorang lelaki yang terhangat bagi usia lebih 40 tahun. Malah dia turut mengakui sesiapa yang melihat gambarnya akan meneka umurnya dalam lingkungan 60 tahun. Gambar Pawel (kiri) sebelum dan (kanan) selepas transformasi. Foto Pavel Ladziak/Facebook Dengar gaya berambut putih sepenuhnya itu sudah tentu dia kelihatan tua. Namun, Pawel sebenarnya baharu berusia 35 tahun. Dia sendiri mengambil keputusan untuk mewarnakan putih pada rambut dan jambangnya bagi mengekalkan wajah kekal 'tua'. Tranformasi yang dilakukan Pawel bagaimanapun berjaya apabila dia begitu dikenali di media sosial. - odditycentral