suria

Bunuh Diri Cabaran Terakhir Permainan Internet

ANKAN Dey dari Anandpur, India, ditemui mati dipercayai akibat lemas selepas menggunakan plastik di  bilik air.

Remaja berusia 14 tahun ini ditemui apabila keluarganya berasa curiga kerana dia tidak keluar dari bilik air.

Rakan-rakan Ankan memberitahu polis bahawa dia bermain permainan ‘Blue Whale’ di Internet.

Permainan itu sangat berbahaya kerana ia mengandungi 50 cabaran yang perlu dilakukan pemain dan bagi cabaran terakhir, mereka perlu membunuh diri.

“Dia mengaku pada ibu bapanya bahawa dia bermain permainan itu dan mengetahui mengenainya daripada rakan disekolah,” kata pihak sekolah.

Bapanya, Gopinath Dey memberitahu media tempatan:“Pada  Sabtu, dia duduk di depan komputer selepas pulang dari sekolah.

“Apabila ibunya, Sampa, memanggilnya untuk makan tengahari, dia berkata dia ingin mandi dahulu.

“Apabila Ankan tidak keluar dari bilik air, kami membuka pintu secara paksa dan menemuinya terbaring kaku di atas lantai.

“Dia disahkan mati apabila kami membawanya ke hospital,” kata Gopinath.

Polis sedang menyiasat kenyataan yang mengatakan Ankan bermain permainan itu.

Bulan lalu, seorang remaja Manpreet Sahans dilaporkan membunuh diri dengan melompat dari sebuah bangunan di Mumbai, juga selepas bermain permainan yang sama.

Permainan dari Rusia itu dipercayai telah mengakibatkan kematian 130 remaja.

Menerusi permainan itu, satu kumpulan diwujudkan di laman sosial untuk menggalakkan pengguna Internet menyertai cabaran berbahaya dan mengancam nyawa.

Seorang pengurus kumpulan akan memberi ‘tugasan’ harian pada ahlinya dimana mereka perlu melaksanakan selama 50 hari.

Antara ‘tugasan’ itu adalah mencederakan diri iaitu mengelar kulit dengan mengukir bentuk paus biru di tangan, serta menonton filem seram.

‘Tugasan’ yang diberi akan menjadi semakin berbahaya sehingga akhirnya mereka diarah membunuh diri.

Ankan Dey, Blue Whale

Artikel Sebelum

Tak Agak-Agak Budak Ni Pun!

Artikel Berikut

Artikel Lain