suria

Pentagon Sukar Laksana Arahan Trump

WASHINGTON: Larangan penyertaan golongan transgender dalam pasukan tentera Amerika Syarikat (AS) seperti mana arahan Donald Trump tidak dilaksanakan Pentagon.

Perkara itu ditegaskan Setiausaha Pertahanan, Jim Mattis yang menganggap kajian secara terperinci mengenainya perlu dijalankan sebelum sebarang keputusan dimuktamadkan.

Mattis berkata, isu berkenaan amat rumit untuk diputuskan dalam jangka masa singkat.

"Dasar ini akan memutuskan sama ada golongan transgender dibenarkan untuk berkhidmat, keadaan yang membenarkan, jenis bantuan perubatan diperlukan atau jangka hayat perkhidmatan mereka," katanya.

Dalam siri status yang dimuat naik di akaun Twitternya, Trump mengumumkan menarik semula dasar dilaksanakan Barack Obama sebelum ini yang membenarkan golongan transgender berkhidmat secara terbuka dalam pasukan tentera.

Rumah Putih belum memberi panduan rasmi kepada Pentagon bagi memperincikan pengharaman terbabit atau nasib yang bakal menimpa anggota transgender sedia ada. - AFP



  

Pentagon, Trump

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Sut Renang Atau Kot?

Artikel Lain