SIAPA kata anda tidak boleh meluncur dengan kot, kemeja dan tali leher? Jika beranggapan begitu, anda pasti belum melihat rekaan terbaru Thom Browne iaitu ‘wetsuit’ atau sut basah. Gambar-gambar rekaan eksklusif buatan tangan itu, tular setelah ia dilancarkan sebagai sebahagian dari koleksi musim panas/musim bunga dan digayakan umpama sut pekerja. Dengan menggunakan seni ‘Trompe L'Oeil’, sut basah yang diperbuat dari neoprena itu menunjukkan semua elemen sut klasik termasuk seluar, jaket, kolar, lipatan dan tali leher. Baru-baru ini, Trompe L’Oeil didedahkan sebagai sebahagian dari koleksi musim panas/musim bunga 2017 milik pereka fesyen Thom Browne. Ramai yang beranggapan rekaan itu tidak akan dilihat lagi selepas digayakan model lelaki. Browne merancang dengan penuh teliti bersama pakar pereka sut basah, Shane Jones. Rekaan itu mendapat perhatian ramai di Internet. Jika anda ingin mendapatkan sut renang yang menyerupai sut pekerja, anda boleh membeli dengan harga $3,900 (RM16,752).