suria

Kumpulan Remaja Paksa Kuda Sedut Kokain

-foto Mercury Press & Media Ltd

SATU rakaman video menunjukkan sekumpulan remaja memaksa seekor kuda menyedut kokain dan ketawa apabila haiwan itu mula panik.

Video itu dirakam kira-kira jam 8.30 malam di Hawarden, Utara Wales, sebelum dimuat naik ke Snapchat.

Remaja perempuan berusia 15 tahun yang merakam insiden itu kemudian menunjukkan video itu kepada ibunya.

Ibu remaja berkenaan sangat kesal apabila melihat haiwan tersebut dilayan seperti itu dan melaporkannya kepada North Wales Horse Watch.

Dalam rakaman itu, remaja-remaja terbabit dilihat menggunakan sebentuk kunci untuk menceduk serbuk putih yang dipercayai kokain.

Semasa kuda itu ingin melihat apa yang mereka lakukan, mereka meletakkan kunci itu secara paksa ke dalam hidung haiwan tersebut yang serta-merta tersentak.

Kumpulan remaja terbabit kemudian ketawa terbahak-terbahak melihat reaksi panik kuda itu.

Ibu remaja perempuan dari Hawarden itu berkata: “Saya berasa sedih dan geram melihatnya. Sebagai seekor kuda gagah, kuda itu boleh mati atau hilang prestasinya kerana sakit teruk.

“Saya rasa mereka sengaja berbuat begitu kerana ingin melihat apa yang terjadi apabila kuda khayal.

“Dadah seperti itu boleh membunuh kuda dan itu adalah apa yang remaja-remaja itu tidak tahu.

“Remaja sekarang boleh buat apa sahaja. Rakan anak saya memberitahu bahawa serbuk putih itu adalah kokain.

“Kami telah melaporkan berkali-kali kes yang dibuat oleh remaja di sini kepada polis.

“Kami ingin memupuk kesedaran dan menunjukkan bahawa semua orang sepatutnya melaporkan dengan segera perkara seperti ini.

“Saya menyuruh anak saya melaporkan insiden itu kepada polis selepas dia bercadang untuk memalukan mereka di laman sosial.

“Saya sangat marah dan ingin seseorang mengambil tanggungjawab di atas apa yang mereka lakukan,” kata wanita itu.

Seorang jurucakap polis di Utara Wales berkata, insiden itu tidak dilaporkan kepada mereka. -dailymailUK

kokain, kuda

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Gaza Terus Kritikal...

Artikel Lain