suria

Budak 7 Tahun Hilang Dalam Serangan Di Barcelona

Julian Cadman.

MADRID: Seorang kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun dari Sydney, Australia dilaporkan hilang, manakala ibunya pula cedera dalam insiden rempuhan van yang menggemparkan di Barcelona, baru-baru ini.

Kisah kehilangan Julian Cadman itu turut dimuat naik dalam Facebook oleh datuknya yang berharap orang ramai dapat membantu mencari budak itu yang berada di bandar itu.

Kejadian itu juga mengakibatkan Julian dan ibunya, Jom Cadman terpisah.

Mereka ke bandar ini untuk menghadiri majlis perkahwinan anak saudaranya bersama ahli keluarganya yang lain.

"Mohon sesiapa yang berada di kawasan kejadian berkongsi berita ini," kata saudara mereka, Colin Baxter menerusi Facebook.

Bapa Julian, Andrew Cadman memberitahu, dia ada bercakap dengan anaknya beberapa jam sebelum dia hilang selepas terpisah dari ibunya.

Difahamkan, empat ahli keluarga lain yang juga terpisah ketika insiden tersebut telah ditemui selamat beberapa jam selepas itu. - ABC

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain