suria

Bunuh Kekasih Kerana Juadah Makan Malam

NEW DELHI: Seorang wanita membunuh kekasihnya selepas kedua-duanya bergaduh mengenai siapa yang perlu memasak untuk makan malam.

Kejadian yang berlaku di Uttam Nagar pada Sabtu petang, menyaksikan Elvi Ujumma, 28, menikam kekasihnya, Eezu, 30, sehingga mati, lapor polis.

Ujumma ditangkap dan didakwa membunuh.

Menurut polis, Ujumma mengajak Eezu ke rumah pada tengahari sebelum pergaduhan meletus di antara mereka.

Wanita itu memberitahu pergaduhan terjadi kerana isu siapa yang perlu menghidangkan makan malam dan mendakwa Eezu memukulnya terlebih dahulu.

Bagi menakutkan kekasihnya, Ujumma mengambil pisau dari dapur dan melarang Eezu menyentuhnya.

Apabila Eezu cuba memukulnya lagi, dia menikam kekasihnya beberapa kali sebelum bersembunyi dalam bilik berkunci.

Kira-kira setengah jam kemudian, dia keluar dan berasa takut melihat Eezu berdarah dengan teruk.

Bimbang melihat keadaan Eezu, dia menghubungi rakan-rakannya supaya mereka membawa Eezu ke hospital. Bagaimanapun mangsa disahkan mati sebaik tiba di hospital.

Apabila mendengar berita itu, Ujumma pulang dan mengunci dirinya di dalam bilik. Polis tiba di kediamannya selepas menjalankan penyiasatan dan membuka pintu secara paksa sebelum menangkap wanita itu.

Vijay, penjaga rumah itu berkata, “Ujumma tinggal di situ selama tiga bulan. Teman lelakinya sering melawatnya, tetapi saya tidak pernah mendengar sebarang aduan berkaitan mereka.”

Prabhjot, seorang jiran berkata, pada hari kejadian dia mendengar mereka bergaduh dengan kuat.

“Lelaki itu sentiasa datang ke rumah itu, tetapi saya tidak pernah mendengar mereka bergaduh seperti itu. Kemudian, saya lihat wanita itu dan rakan-rakannya memanggil beca bermotor dan membawa lelaki itu ke hospital. Dia berdarah dengan teruk,” katanya.

Eezu, Ujumma

Artikel Sebelum

“Saya Tak Kisah Kalah”

Artikel Berikut

Hotel Di Makkah Terbakar

Artikel Lain

38 maut nahas pesawat di Kazakhstan