suria

Zuckerberg Ambil Cuti Paterniti

PENGASAS Facebook Inc, Mark Zuckerberg pada Jumaat berkata dia akan mengambil cuti paterniti selama dua bulan selepas kelahiran anak perempuan keduanya.

Katanya, dia akan memanfaatkan pilihan cuti yang disediakan syarikat tersebut.

"Saya mengambil sebulan cuti untuk bersama dengan Priscilla (Chan) dan anak-anak perempuan saya pada awalnya. Kemudian saya akan menghabiskan masa pada bulan Disember bersama-sama," tulis Zuckerberg di laman Facebooknya.

Zuckerberg pernah mengambil cuti paterniti dua bulan susulan kelahiran anak sulungnya, Maxima Chan Zuckerberg pada 2015.

Jutawan internet itu mengumumkan pada Mac lalu bahawa pasangan tersebut sedang menunggu kelahiran cahaya mata kedua mereka.

Mark Zuckerberg, Facebook

Artikel Berikut

Artikel Lain