WASHINGTON: Pelakon Richard Anderson, yang sinonim dengan siri The Six Million Dollar Man and The Bionic Woman disahkan meninggal dunia pada usia 91 tahun. Jurucakap keluarganya, Jonathan Taylor berkata, pemegang watak bos dalam siri popular itu meninggal dunia di kediamannya di Beverly Hills, California di sisi keluarganya. Anderson yang berketinggian 190 sentimeter sering tampil dengan watak ahli politik, pegawai kerajaan dan anggota polis, selain sebagai penjenayah dan koboi. Mendiang turut tampil sebagai pelakon undangan dalam siri The Big Valley, Ironside, Murder She Wrote dan Dynasty. - AFP