suria

Tragedi Bot Karam Menjelang Aidiladha

COX’S BAZAR: Puluhan ribu etnik Islam Rohingya melarikan diri ke Bangladesh tanpa menghiraukan keselamatan mereka semata-mata untuk tidak terus keganasan di Myanmar.

Terkini, pasukan pengawal sempadan Bangladesh menemukan mayat 20 wanita dan kanak-kanak etnik Rohingya yang dipercayai lemas selepas bot yang mereka naiki semasa memasuki negara ini karam.

Sekurang-kurangnya 27,400 etnik Islam Rohingya dipercayai sudah melarikan diri ke Bangladesh, manakala 20,000 penduduk lagi terdampar di kawasan terpencil di sempadan antara kedua-dua negara.

Komander pasukan pengawal sempadan Bangladesh, Ariful Islam berkata, mayat 11 kanak-kanak dan sembilan wanita Rohingya ditemukan terdampar di tebing Sungai Naf di kawasan Bangladesh.

Ariful berkata, mayat dua wanita Rohingya dan dua kanak-kanak ditemukan semalam selepas bot mereka ditembak polis pengawal sempadan Myanmar.

Bangladesh mengarahkan 366 etnik Rohingya yang cuba memasuki negara ini dengan bot kecil berpatah balik ketika ribuan penduduk membina khemah sementara sepanjang sempadan antara kedua-dua negara.

Dalam pada itu, kebanyakan etnik Rohingya yang berjaya menyusup masuk ke Bangladesh sejak Jumaat lalu didapati sakit dengan ada antaranya mempunyai luka tembakan.

Di daerah sempadan Bangladesh di Cox’s Bazar, kem penempatan sementara yang dibina untuk pelarian Rohingya sebelum ini sedang diperbesarkan.

Seorang pelarian, Mohammed Rashid, 45, yang cedera pada mata, dia mengalami kecederaan itu selepas tentera Myanmar melepaskan tembakan ke atas kumpulan pelarian Rohingya.

Rashid berkata, dia bersama kira-kira 100 orang pelarian yang dalam perjalanan ke sempadan diserang tentera dan melihat letupan dengan ada antara penduduk yang cedera.

“Kami bersembunyi di dalam hutan selama dua hari sebelum kami ditahan di sempadan dan kami dibenarkan melaluinya. Kami juga dimaklumkan rumah di kampung kami telah dibakar,” katanya.– Reuters

Rohingya, Bangladesh

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Trump Bantu Mangsa Harvey

Artikel Lain