suria

Kereta Api Terbang?

Kelajuan 'kereta api terbang' tiga kali ganda daripada kelajuan bunyi. Foto Casic

RANCANGAN untuk menghasilkan 'kereta api terbang' berkelajuan tinggi di China didedahkan, namun pakar menyuarakan keraguan mereka berhubung perkara itu.

Idea tersebut dikemukakan oleh Perbadanan Sains Aeroangkasa dan Industri China yang mengatakan bahawa kereta api boleh mencapai kelajuan paling tinggi dengan 4,023 kilometer sejam (kmj) iaitu tiga kali ganda kelajuan bunyi.

Menurut laporan South China Morning Post, di bawah rancangan tersebut, kapsul akan 'terbang' di sepanjang tiub dalam tekanan rendah.

Profesor Zhao Jian dari Universiti Pengangkutan Beijing memberitahu akhbar tersebut bahawa badan manusia hanya dapat mengatasi kelajuan itu dalam masa singkat.

"Jadi, adakah para penumpang hanya akan menjadi angkasawan?"

Sementara itu, South China Morning Post memetik gurauan seorang pengguna laman sosial Weibo: "Bolehkah kerajaan mencipta teknologi untuk menyelesaikan masalah kesesakan lalu lintas terlebih dahulu?

Menerusi artikel dalam akhbar The Paper, syarikat yang merancang idea tersebut memberitahu: "Perbadanan telah membina banyak pengalaman dan pengetahuan teknologi menerusi projek-projek utama, dan ia memiliki kemampuan dalam simulasi, pemodelan dan percubaan untuk projek- projek berskala besar, serta keupayaan reka bentuk bertaraf dunia untuk pesawat supersonik, kesemuanya meletakkan asas penting bagi projek kereta api yang pantas."

Kereta api itu dikatakan bakal dengan konsep Hyperloop yang dikemukakan oleh Elon Musk, yang akan melihat kereta api tanpa roda yang digerakkan oleh udara, dan memiliki kelajuan maksimum 1,126 kmj. - Mail Online


Artikel Sebelum

Saman Sebab Patung Annabelle

Artikel Berikut

Artikel Lain