KUALA LUMPUR: Gempa bumi kuat berukuran 7.0 pada skala Richter melanda tengah Mexico pada pukul 2.14 pagi, hari ini. Jabatan Meteorologi Malaysia dalam satu kenyataan berkata gempa itu berpusat 91 kilometer Tenggara dari Bandar raya Mexico dan 15,130 km Timur Laut dari Sandakan, Sabah. Gempa bumi itu bagaimanapun tidak membawa ancaman tsunami terhadap Malaysia, katanya. -Bernama