suria

Buruh Popular Reka Adiwira ‘Flip-Flop’

SEORANG buruh binaan, Elmer Padilla dari Manila, Filipina, tular di internet setelah gambar figura adiwira buatan tangannya di muat naik ke beberapa laman sosial, baru-baru ini.

Kemampuannya membuat figura adiwira itu menjadikan ramai orang berasa kagum.

Namun, apa yang lebih menarik ialah semua figura itu dibuat menggunakan selipar flip-flop terpakai.

Gambar yang tular menunjukkan Padilla sedang memotong selipar flip-flop pelbagai warna di kaki lima  menggunakan pisau dan gunting sebelum mencantum potongan-potongan itu menjadi watak Transformers, Predators dan adiwira Marvel.

Bapa kepada dua orang anak perempuan itu bekerja sebagai buruh binaan di Kampung Ismus.

Demi mencari pendapatan tambahan, dia menjual figura adiwira yang dibuat mengunakan selipar flip-flop.

Rakannya, Adrian Soriano Bernabe yang kagum dengan bakat Padilla turut berkongsi gambar hasil kerjanya di group Facebook Guhit Pinas dan mendapat hampir 3,000 likes dalam masa beberapa hari.

Dalam pada itu, Padilla belum lagi mengeluarkan apa-apa kenyataan mengenai hasil karyanya walaupun sudah ramai orang luar yang menunjukkan minat untuk mebeli figura-figura tersebut.

Malah, terdapat beberapa orang yang bersedia untuk membantu Padilla memulakan perniagaan dan membantu mempromosikan hasil karyanya. - Oddity Central

Selipar flip-flop

Artikel Sebelum

Pewaris L'Oreal Meninggal Dunia

Artikel Berikut

Kembar Ini Memang ‘Awesome’

Artikel Lain