suria

Undangan Melania Buat Putera Harry

TORONTO: Wanita pertama Amerika Syarikat (AS), Melania Trump yang kini dalam rangka lawatan solo ke Kanada mengambil peluang itu untuk Putera Harry berkunjung ke Rumah Putih.

Isteri Presiden AS, Donald Trump itu mengundang adik pewaris kedua takhta Britain ketika menghadiri upacara pembukaan Sukan Invictus 2017, sukan untuk veteran tentera yang tercedera di sini.

Putera Harry, 33, pewaris kelima takhta British itu adalah mengasaskan Sukan Invictus tiga tahun lalu.

Putera Harry kini sedang hangat bercinta dengan aktres terkenal AS, Meghan Markle.

"Bagi pihak suami dan seluruh negara, saya ingin menyampaikan rasa terima kasih kepada anda dan keluarga di atas segala pengorbanan yang dicurahkan bagi memastikan keselamatan kami terjamin," katanya dalam ucapan ringkasnya.

Wanita berusia 47 itu dalam rangka lawatan solo antarabangsa pertamanya.

Difahamkan lebih daripada 550 anggota tentera yang cedera dan mengalami kecacatan dari 17 negara bersekutu mengambil bahagian dalam 12 acara adaptif dalam temasya sukan yang berakhir pada 30 September ini. - Reuters

Melania Trump, Putera Harry

Artikel Sebelum

Menanti Agung Meletus

Artikel Berikut

8 Cedera Serangan Asid Di London

Artikel Lain