suria

Duterte Intip Dua Datuk Bandar Filipina

Penunjuk perasaan membakar lukisan kiub wajah Duterte pada Hari Protes Kebangsaan di luar istana presiden di Manila. - REUTERS

MANILA: Presiden Filipina, Rodrigo Duterte mengakui beliau membenarkan pengintipan dawai dibuat ke atas sekurang-kurangnya dua Datuk Bandar yang didakwa olehnya merupakan "narcopoliticians".

Narco adalah panggilan politik atau ekonomi yang ke atas pihak yang bekerjasama dalam perdagangan dadah haram.

Duterte membuat kenyataan tersebut di bandar Marawi ketika mendakwa Datuk Bandar Iloilo, Jed Patrick Mabilog dan Datuk Bandar Ozamiz, Reynaldo Parojinog telah melindungi tauke-tauke dadah.

Presiden tersebut menjelaskan bahawa beliau tidak pernah menyebut Mabilog ada menghasilkan syabu, tetapi Datuk Bandar Iloilo itu merupakan pelindung nombor satu mereka yang terlibat dalam perdagangan dadah.

Kata Duterte, Mobilog kini "berada di luar negara kerana dia takut akan menerima nasib yang sama seperti Parojinog". - Philippine Daily Inquirer

Duterte

Artikel Sebelum

8 Cedera Serangan Asid Di London

Artikel Berikut

Artikel Lain