suria

Indonesia Keluar Amaran Letusan Gunung Berapi Agung

INDONESIA mengeluarkan amaran tertinggi di Gunung Agung yang terletak di Bali, lokasi tumpuan pelancong berikutan kebimbangan ia boleh meletus pada bila-bila masa.

Kira-kira 10,000 penduduk sudah dipindahkan dengan orang ramai diarahkan untuk berada sekurang-kurangnya sembilan kilometer dari Gunung Berapi Agung.

Gegaran turut dirasai dan terdapat tanda-tanda bahawa magma sudah naik ke permukaan.

Lebih 1,000 meninggal dunia semasa Gunung Agung memuntahkan laharnya pada 1963.

Salah seorang penduduk, I Wayan Suwarjana memberitahu AFP bahawa gegaran kerap berlaku menyebabkan dia memindahkan semua ahlinya ke penempatan sementara.

Namun, Lapangan Terbang Denpasar, Bali masih lagi beroperasi seperti biasa ketika ini.

Gunung Agung yang berada pada ketinggian lebih 3,000 di atas paras laut, terletak di sebelah timur Bali.

Ia merupakan antara 130 gunung berapi aktif di Indonesia.

Gunung Agung, Bali

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain