SEEKOR arnab mampu menjaringkan bola keranjang? Bunyinya memang mustahil tapi itulah kebolehan Bini the Bunny, arnab Holland Lop yang baru berusia 5 tahun. Ia dilatih oleh pemiliknya yang merupakan seorang pemain bola keranjang, Shai Asor. Bini the Bunny baru-baru ini menerima penghormatan daripada Guinness World Record untuk "Jaringan Bola Keranjang Terbanyak Dalam Seminit oleh Seekor Arnab". Bini the Bunny juga pandai melukis. Bini berjaya menjaringkan sebanyak tujuh gol dalam masa seminit. Bukan itu sahaja, Bini juga berkebolehan untuk melukis, menyikat rambut dan bermain permainan 'arcade' serta memvakum najisnya sendiri, lapor Huffington Post yang memetik laporan Metro.