suria

Meninggal Dunia Selepas Susut Lebih 300kg

ABU DHABI: Wanita terberat di dunia, Eman Abd El Aty yang menerima rawatan rehabilitasi di sini, meninggal dunia pada usia 37 tahun petang Isnin.

Keperitan hidup yang dilalui Eman membawa kepada penyatuan doktor melibatkan tiga negara untuk berusaha menyelamatkannya.

Doktor di Hospital Burjeel memberitahu, Eman menghembus nafas terakhirnya pada jam 4.35 pagi (waktu tempatan) akibat pelbagai komplikasi termasuk penyakit jantung dan kegagalan buah pinggang.

Warga Mesir itu dipindahkan ke Hospital Burjeel dari India, pada Mei lalu untuk meneruskan rawatan pemulihan bagi pembedahan penurunan berat badan yang menyaksikan dia hilang lebih 300 kilogram (kg) berbanding berat asal, 500kg.

Awal tahun ini, Eman mengalami komplikasi semasa rawatan mengurangkan berat badan ketika di Mumbai.

Sejak kecil, dia mengalami penyakit tiroid dan genetik yang menyebabkan berat badannya mudah naik.

Kesihatan Eman dianggap sesuatu yang unik untuk pakar perubatan kerana dia adalah pesakit yang berdepan pelbagai risiko.

Eman juga telah mengalami strok yang mengakibatkan bahagian kanan badannya termasuk tangan dan kakinya lumpuh, tidak dapat bercakap, tahap dua diabetis, tekanan darah tinggi, masalah paru-paru dan gaut.

Eman, Hospital Burjeel

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain